Friday, May 13, 2016

Mira Filzah, what is going on?

Allah Allah Allah.. 

Baru beberapa bulan yang lepas aku luahkan kegusaran hati aku. Tak sangka, sikit demi sikit sudah ditunjukkan. 

'Mira Filzah, awak ni macam adik saya.'
 
Walaupun aku jarang sekali dapat menonton televisyen, jarang sekali membaca majalah hiburan, jarang sekali membelek ruang artis di helaian surat khabar..boleh dikatakan aku sentiasa dapat informasi tentang Mira Filzah sama ada melalui adik aku atau kawan2 sepejabat aku.

Aku memang sangat sibuk. Buktinya, sudah 2 bulan aku tidak menulis apa2 di sini. Walaupun jauh di sudut hati aku nak meluahkan setiap yang terjadi pada aku hari2 di sini.

Hari ini, waktu dan ketika ini, aku meneliti semula tulisan aku yang lepas2. Ah..apakah tulisan aku dulu merupakan satu doa yang tidak elok kepada dia? Sejak dua menjak ni macam2 cerita tak enak didengar pasal Mira Filzah selalu dikongsi budak2 office.

My family really likes you. Especially my mom and my sister. I am disappointed. It just take couple of months to change someone like you. 

Its never to late to sit down, think and fix things back to..it suppose to be.

I never do this. But I will do it for you. I pray for your healthy, your career enhancement, and of course, may Allah bless you always. 



Sorry, no signature today. My heart bleeds.


Saturday, March 5, 2016

Hujan Emas Di Negeri Orang

Alhamdulillah.. Selamat sampai ke tanah air. Sangat best kat tempat orang. Banyak benda2 yang awesome dan takde kat tempat sendiri. Tapi betul la orang cakap, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri.

Haha..lebih pulak. Padahal pergi 2 minggu je. 

Aku terus balik kampung. Rupanya kat kampung, adik beradik aku dah menunggu. Bukan tunggu kepulangan aku. Tapi tunggu barang2 yang aku beli kat Melbourne. Sabar jela.

Sebenarnya aku dah courier lebih awal barang2 tu. Jadi masa aku sampai rumah, kotak yang aku post tu dah standby kat hall rumah. Tunggu nak di'kenduri'kan je. Aku pun tak paham. Excited sangat masing2.

Aku tak spend banyak pun nak beli ole2 tu semua. Ada barang2 yang agak rare tu memang beli lebih sikit. Baju, seluar, bag, cap, keychain, handphone casing, kasut and few other things.

Jangan terkejut sebab susah nak cari local manufacture. China dah tapau abes semua market. Mana tak nya, belek2 barang tengok belakang 'Made In China'. 

Trip kali ni agak terasa gak poket aku ni nipis. Maklum la currency sekarang memang tak menggalakkan. Lagi satu nak cerita, dengan keadaan politik Malaysia sekarang, betul2 buat aku tebal muka. Malu la beb orang luar cerita buruk pasal negara kita. Tak tau nak back up macam mana. Aku dah jadi kura2 dalam cengkerang. 

Kadang2 benda yang kita cuba nak elakkan, benda tu la yang selalu datang kat kita. Hadap jugak la walaupun perit.

Apa pun..hidup mesti diteruskan. Jom berdoa untuk #BetterNation.

Awesome!
Pin pin
luthman.amin@gmail.com

Saturday, February 27, 2016

Hidup Seorang Yang Makan Gaji

Entry yang ringkas sahaja untuk hari ini. 

Pejam celik pejam celik, dah seminggu dah aku kat tempat orang ni. Sangat sibuk dengan meeting, training dan presentation. Belum ada masa nak keluar tengok kota Melbourne ni. Hari ni pun sibuk buat persediaan untuk presentation minggu depan. Sebab esok pagi2 nak keluar round2 di sini.

Apa khabar Malaysia agaknya. Semalam dengar suara mak macam tak puas sebab sekejap sangat dapat bercakap. Tapi Alhamdulillah mak sihat. 

Okay la. Nak tidur awal sebab esok nak luaskan pemandangan. Oh ye..ada cerita menarik beberapa hari lepas. Relax..simpan dulu untuk next post.

Awesome!
Pin pin
luthman.amin@gmail.com

Tuesday, February 23, 2016

Aplikasi Blogger Untuk Blogger

Hari pertama kat tempat orang. Badan letih, tapi mata tak boleh nak lelap. Sampai office sini semalam terus masuk meeting. Schedule pun sangat2 pack untuk 2 minggu ni. Jamah roti je tadi buat alas perut. Tekak tak sedap.

Kat Malaysia pukul 2.06am. Kat sini dah pukul 5.06am. Tak tau nak buat apa, belek2 phone rasa nak update blog. Senang kan sekarang boleh update blog thru phone je. Install je Apps Blogger kat phone, semuanya dihujung jari. Cakap pasal hujung jari ni..aku menaip guna ibu jari. Keypad phone ni pulak kecik besar kecik besar je aku tengok.

Bertabah jela. Lain yang nak ditekan, lain pulak yang keluar. 

Alright, tu je untuk post yang ni. Nak bangun siap2 pergi office. 

Oh ye.. Selamat Malam Malaysia. Mimpi indah.


***
Baru perasan, post ni tak publish semalam.. :(


Awesome!
Pin pin
luthman.amin@gmail.com

Antara Peminat Fanatik dan Peminat Psychopathic

Petang semalam adek aku hello aku kat WhatsApp. Dia bagitau ada spesis Adudu yang dah membiak kat Instagram. Adek aku telah menghamburkan segala perkataan2 yang dapat aku tafsirkan dia marah, bengang, rasa nak tampar orang dan macam2 perasaan lagi. 

Okay sebelum tu.. Biar aku jelaskan yang adek aku dah jadi peminat fanatik si Mira Filzah. Yang dia marah sangat tu bila ada spesis Adudu ni tadi create satu akaun Instagram dan upload gambar2 tidak bertudung Mira Filzah. Lepas tu individu tak bertanggungjawab ini jugak telah membuat kenyataan2 yang membuatkan si peminat fanatik a.k.a adek aku ni tak suka la.

Kemain marah lagi adek tu. Aku pun ikut marah la. Sebab aku tengah meeting dengan boss2 masa dia dengan cemasnya nak mengkhabarkan berita 'duka' tu. Aku ingat apa benda yang tergempar sangat.

Hmm..baru je beberapa hari lepas aku ada cerita pasal ni. Tak akan semua orang suka dengan kita. Silap2 ramai yang nak tengok kita jatuh. 

Aku ada cakap kan 'lebih baik jauhi perkara2 yang kebarangkalian ke arah mungkar tu lagi besar'

Orang yang nak amek kesempatan tu lagi ramai daripada yang betul2 nak tengok kita berjaya. Tak keterlaluan kalau aku nak labelkan orang ini sebagai Attention Seeker. Aku sempat tengok akaun ni sebelum dia 'private'kan. Maaf ye Mira Filzah, aku tengok aurat kau (kalau betul itu engkau).

Sebenarnya orang yang buat tu peminat fanatik jugak tu. Sebab dia boleh korek gambar2 lama dan boleh spot kat mana Mira Filzah buat silap. Ni mesti kalau dia komen ke dia tag kat mana2 social media, Mira Filzah tak layan. Tak pun dia follow tapi Mira Filzah tak follow back. Dah boleh pegang karekter Shira/Nadia ni.

Takde nasihat untuk si Psychopathic sebab dia memang tak makan saman. Tapi untuk orang2 yang ada akal dan boleh berfikir dengan baik, seeloknya jauhi la perkara2 yang boleh buat kita dihina walaupun hakikatnya we are far better than that.

Nasihat aku kat adek aku: Sometimes, people who we admire is not like what we would imagine. Sebab dia pun manusia biasa. Ada khilafnya. Ikut mana yang baik.


Awesome!
Pin pin
luthman.amin@gmail.com

Sunday, February 21, 2016

Kerja Luar Kawasan

Minggu depan aku kena kerja luar kawasan. Omputeh cakap outstation. 2 minggu macam tu. Jadi hujung minggu ni aku balik rumah. Tak tau kenapa rindu sangat pulak kat rumah sejak 2 menjak ni. 

Lagi pun adek bagitau mak ada mengadu kerap sakit perut. Aku balik ni boleh la bawak mak pergi check up. 

Doktor cakap takde apa yang serius. Cuma kena kurangkan makan pedas2. Jaga gula, jaga kolestrol.. Doktor2 ni memang ni je ke skrip diorang? Lepas tu bagi ubat. Senang buat duit nampak.. (Okay..ni gurau)

Lepas sembahyang Maghrib dengan mak tadi, saje aku nak semak bacaan Al-Fatihah mak dengan adek. Sesekali, aku memang akan semak bacaan diorang. Antara bacaan penting dalam solat. Dengan ilmu yang sedikit ni, Insya Allah boleh betulkan mana yang khilaf tu. 

Lepas tu aku amek kesempatan bagitau mak pasal outstation tu. Mak okay je. Sebab bukan kali pertama kena travel. Macam biasa, mak kirim fridge magnet. Aku rasa dah takde ruang dah kat pintu fridge tu. Tapi aku angguk je. 

Sempat pulak mak pesan: Cari la masa jalan2 kat tempat orang tu. Mana tau jumpa jodoh kat sana. 

Ah mak ni. Ke situ pulak dia. 

Awesome!
Pin pin
luthman.amin@gmail.com

Saturday, February 20, 2016

Warna Warni Industri Seni

Lega aku sebab drama Cinta Si Wedding Planner tu dah abes. Boleh la budak2 kat office tu fokus balik pada kerja masing2. Dengar2 'happy ending'. Apsal aku tak terkejut pun? Biasa la cerita luar negara pun banyak yang happy ending. Jadi tak salah pun tuan pengarah nak benda yang sama.. (Hmmm...cross fingers)

Ramai yang komen, drama ni bagus, terbaik, terpuji, terulung sebab takde adegan sentuh2 antara hero dan heroin tapi masih boleh kekalkan penceritaan. Tak sentuh2 pun boleh berlakon. Heroin cun, ayu, jaga adab bla bla bla..tudung cantik, baju lawa.. (Budak2 office la bagi komen, aku dengar je.)

Hmm..bukan aku nak menafikan la. Betul la tu kot. Ramai yang nampak macam tu. Entah kenapa kita ni suka nak double standard kan orang. Mentang2 Mira Filzah tu cantik, dahi licin..semua orang fokus kat dia jela? Abes pelakon lain tu cuma pokok2 yang penuhkan karekter je? 

Kalau betul nak bagi kudos, biarlah secara kolektif. Kenapa Mira Filzah je yang tak boleh disentuh? Pelakon2 beragama Islam yang lain pun Pengarah kena jaga jugak. Sungguhpun tidak bertudung, Islam bukan pada nama je. Hukum tetap hukum. Jangan pilih bulu.

'Alah, pelakon tu yang tak kesah nak pegang2.'

Abes..sebab tak kesah tu, boleh la nak suruh dia buat apa je depan kamera? Tak boleh tegur? Tak boleh mintak dia jangan pegang2? Hampir keseluruhan krew produksi tu Melayu Islam. Semua pakat tengok jela kan.

Dan aku rasa dah makin ramai pelakon beragama Islam sudah sedar dan sensitif pasal hukum ni. Contohnya pelakon Kuza. Dia dah bertudung dan takde scene dia pegang2 atau peluk2 dengan yang bukan muhrim. Kenapa takde siapa pun yang nampak ni? Mak Lang dalam cerita Cinta Si Wedding Planner tu pun dah jaga batas dia. Pelik aku. Apakah sebab diorang ni cuma pelakon tambahan dan orang buat tak nampak? 

Kecik betul pemikiran kita ni. 

Berat langkah kau Mira Filzah. Tersilap langkah je lepas ni, memang jadi bahan. Kau dah meletakkan satu piawaian yang tinggi untuk orang bekerja dengan kau. Jaga2 dengan orang yang suka mengambil kesempatan. 'Panas2' ni memang ramai yang suka. 

Aku ni sekadar pandai menulis. Realitinya aku bukan di tempat kau. Hanya kau saje yang tau. Semoga Tuhan merahmati setiap perjalanan kau. Aku masih lagi berpegang dengan lebih baik jauhi perkara yang boleh menghampiri mungkar.


Awesome!
Pin pin
luthman.amin@gmail.com